Wednesday, July 29, 2009

Sejarah Penubuhan Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cemerlang telah ditubuhkan dan dibuka pada 7 Januari 2002. Nama sekolah ini mengambil nama sempena Taman Desa Cemerlang . Keluasan kawasan sekolah adalah anggaran 12 ekar . Pihak kerajaan telah memperuntukkan kira-kira RM 10 juta dalam pembinaanya sebagai satu langkah untuk memberi pendidikan awal kepada rakyat Malaysia .



Diawal pembukaan SMK Desa Cemerlang, sekolah ini telah ditadbir oleh En. Lee Jiew Jit ( Guru Penolong Kanan 1 ) merangkap pemangku pengetua sebagai guru penyelaras dan dibantu oleh guru-guru lain dan pembantu tadbir sekolah. Sekolah ini juga telah men jadi sekolah angkat kepada SMK Ulu Tiram di bawah pimpinan pengetua Puan Rosni bt Ismail.



Pada tahun 2002, hanya tingkatan peralihan , 1 , 2 dan 4 yang dibuka untuk pendaftaran pelajardan dijalankan pada sesi pagi. Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai tenaga pengajar seramai 27 orang guru. Manakala bilangan pelajar yang mendaftar seramai 821 orang pelajaryang diterima daripada SMK Ulu Tiram, Desa Jaya dan Johor Jaya 1 berdasarkan alamat pelajar yang berhampiran dengan sekolah ini.



Bangunan insfrastruktur sekolah ini pula terdiri daripada 4 buah blok dan mempunyai 36 buah kelas, sebuah perpustakaan, bilik muzik, ,makmal fizik, kimia dan biologi, bilik guru dan pejabat sekolah.SMK Desa Cemerlang mempunyai sebuah surau, bengkel perusahaan, bilik koperasi , bilik kaunseling, bilik kesihatan, bilik darjah , padang, gelanggang bola tampar dan lain-lain kemudahan.



Pada tahun 2009, SMK Desa Cemerlang telah ditadbir oleh:
Pengetua : Tn. Hj Ismail B. Rosdi
Penolong Kanan Kurikulum :
En. Aminudin B. Daud,
Penolong Kanan HEM :
Pn. Jayamani A/P Muniandy
Penolong Kanan Ko-Kurikulum :
En. Abd Rashid B.Ramlan



Guru-guru pula adalah seramai 76 orang.



Selamat Datang ke blog SMK Desa Cemerlang


Selamat datang ke blog SMK Desa Cemerlang,sebuah sekolah yang terletak di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, Johor.

Melalui blog ini diharapkan anda dapat mengetahui mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta sedikit sebanyak tentang latar belakang sekolah.

"Degree of Champion"