Thursday, August 12, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2010

Kami, para guru mendoakan kejayaan anda untuk Peperiksaan Percubaan SPM ini. Selamat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan.

Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan

Degree of Champion!

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah, tolong abaikan puasa umat
Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal
yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami-isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Oleh itu,bermaaf-maafanlah kita sempena bulan yang mulia ini.



"Degree of Champion"

Wednesday, August 11, 2010

Aktiviti Guru-guru SMKDC





Warga pendidik yang komited sanggup menyinsing lengan membanting tulang memperindahkan kawasan sekolah agar sekolahnya cantik dan ceria.

Renungkanlah wahai anak muridku!

Degree of Champion!

Tuesday, August 3, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR 2010

Kami, para guru mendoakan kejayaan anda untuk Peperiksaan Percubaan PMR ini. Selamat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan.

Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan

Degree of Champion!

Thursday, July 22, 2010

Kursus BTN (Guru dan Kakitangan) SMKDC




Pada 2,3 dan 4 Julai yang lalu, Kursus Asas Bina Negara bagi guru-guru dan kakitangan SMK Desa Cemerlang telah diadakan di KBN Gunung Pulai,Jhor. Seramai 80 orang guru dan kakitangan SMKDC yang komited telah menyertai kem tersebut yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem tersebut berlangsung.Program ini dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan semangat cintakan negara yang bertuah ini. Aktiviti-aktiviti utama adalah seperti LDK(Latihan dalam Kumpulan)dan aktiviti luar(outdoor game). Pelbagai gelagat dan kerenah guru-guru dan kakitangan yang dapat dilihat sepanjang aktiviti luar dijalankan.



AMARAN:Kenderaan berat sedang menjunam.Bahaya kepada haiwan kecil dan tumbuhan renek di bawah


Kelihatan para peserta telah bersedia dengan peralatan 'absailing'. Masing-masing memberikan penumpuan sebanyak 120% perhatian kepada tatacara 'absailing' terutama sekali 'Pegawai Khas' yang memakai baju dan helmet bewarna sama.Sungguh serius mamat itu sehingga mengakibatkan salah seorang peserta mengalami kejutan sampai ternganga(cari sendiri).

Secara kesimpulannya, program Bina Negara ini dapat mencapai objektifnya, iaitu meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara berlandaskan konsep 1 Malaysia. Syabas warga SMKDC!! Bravo!!

Wednesday, July 21, 2010

Ikrar Guru




Gambar Mesyuarat Agung PIBG kali ke-7

Perbincangan antara guru-guru sebelum permulaan Mesyuarat Agung PIBG

Ibubapa melaporkan diri
Perbincangan antara Ibubapa dan Guru
Ibubapa, Guru dan Murid telah berkumpul di dewan SMKDC
Ucapan Pengetua (Tn. Hj. Ismail Bin Rosdi)
Suasana Dewan
Penolong kanan (En.Aminudin Bin Daud) menerima sijil dari Pengetua
Ahli Jawatankuasa PIBG Menerima sijil dari pengetua

Penerimaan Hadiah oleh Ibubapa