Wednesday, August 12, 2009

Bulan Kemerdekaan



Bulan Ogos menjelma lagi...Sedar tak sedar sudah 52 tahun kita merdeka.Terima kasih kepada para pejuang dahulu dan sekarang yang berjuang habis-habisan mempertahankan kemerdekaan. Sebagai rakyat Malaysia yang setia, kita harus bersama-sama membantu dan menghargai nikmat kemerdekaan ini.

SMKDC turut tidak ketinggalan menyertai sambutan bulan kemerdekaan ini. Kawasan sekitar SMKDC telah di pasang bendera dan banner bagi memaparkan semangat patriotik warganya dalam menghargai nikmat kemerdekaan. Pelbagai pertandingan akan diadakan sempena kemerdekaan seperti pertandingan melukis poster, menulis esei dan segala yang berkaitan dengan kemerdekaan. Kemuncak sambutan akan diadakan suatu majlis sambutan untuk menghargai, mensyukuri dan menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan ini...





Pelancaran Sambutan Hari Kermerdekaan Tahun 2007




MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Hari Keluarga SMKDC 2009

Pada 1 dan 2 Ogos lalu bertempat di Tanjung Sutera, Tanjung Sedili, Mersing telah berlangsung sambutan hari keluarga bagi warga SMKDC. Seramai 70 orang warga SMKDC yang komited telah terlibat dan menyertai sambutan yang dianjurkan oleh KEBIRUS.

Warga SMKDC bertolak seawal jam 8 pagi dari sekolah dan terus menuju ke Tanjung Sutera secara konvoi beramai-ramai. Setiba jam 9:30 pagi, mereka sampai dan acara pertama adalah taklimat ataupun sesi LDP bersama Tuan Pengetua, Tn Hj Ismail B Rosdi.

Selesai taklimat ringkas, para peserta menjamu selera di anjung selera yang terdapat di resort tersebut. Para peserta mengambil kunci dan masuk ke bilik masing-masing jam 12.00 tengahari.

Jam 2.30 petang, satu sesi taklimat bersama GPK Ko-Kurikulum,En Abd Rashid B Ramlan telah diadakan. Taklimat adalah berkisar tentang proses dan prosedur perjalanan pengurusan ko-kurikulum di sekolah.

Acara seterusnya pada jam 4.30 ptg adalah sukaneka di padang yang terdapat di resort
tersebut. Sebanyak 4 jenis permainan diadakan, iaitu tolak rim,terompah gergasi, lari dalam guni dan memancing dalam botol. Kemeriahan dan keceriaan serta ke'sporting'an warga SMKDC jelas terpancar apabila semua peserta menyertai aktiviti yang dijalankan tanpa segan silu. Boss pun sporting jugak....


Selesai acara sukaneka, semua peserta bergerak ke kolam mandi dan faham-faham aje la.....Gelagat para peserta amat melucukan, ada yang turun baru 15 minit, kaki dah 'cramp' ..hehehe..Ada yang tak pandai berenang, lepas tu lemas, nasib baik ada pakar penyelamat...(En Fairus- Baywatch) yang menyelamatkan keadaan dan mangsa lemas..Ada yang lagi teruk tu, baru terjun, dah tercungap-cungap kelemasan.Terus menjadi mangsa "bola tanggung" rakan-rakan peserta lain...Nasib,nasib...

Pada malamnya, jamuan makan barbeque dianjurkan. Jamuan bemula seawal jam 8.00 malam.Menu hidangan pula adalah seperti ayam bakar, ikan bakar, udang, sotong, nasi goreng dan mee goreng. Semasa sesi jamuan, terlihat jelas kemesraan antara peserta dan keluarga para peserta apabila masing-masing mengambil kesempatan untuk bersuaikenal antara satu sama lain untuk mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin.

Selesai majlis barbeque, sesi karaoke pula diadakan. Set alatan karaoke telah dibawa oleh En Norizwan yang bersusah payah datang pada malam hari tersebut.
Sesi dimulakan oleh Tn Hj Ismail dengan menyampaikan 3 buah lagu kegemaran beliau. Seterusnya peserta lain pula mengambil bahagian sehingga jam 11;30 malam. Ada juga peserta yang tidak men'sumbang'kan lagu kerana sedar diri...hehehe

Keesokan paginya, kebanyakan peserta bergerak ke pantai berhampiran untuk mandi serta melihat keindahan pantai yang terdapat di sana. Acara-acara seperti mengutip kepah, membuat istana pasir dan acara mandi-manda dijalankan. Peserta yang tidak ke pantai pula, terjun semula ke kolam mandi terutama saudara Ferdous(bukan nama sebenar.....heheheh) yang begitu geram akan insiden yang berlaku semalam di kolam mandi.

Tepat jam 12 tengahari, majlis penyampaian hadiah diadakan. Peserta yang mengambil bahagian dan memenangi beberapa acara yang dipertandingkan telah diberi hadiah. Semasa majlis berlangsung, satu kejadian pelik telah berlaku. Peserta telah dikejutkan dengan kejadian cemas seketika di kolam ikan koi.Salah seorang daripada anak peserta telah membuat pemeriksaan kesihatan mengejut terhadap ikan-ikan koi yang terdapat di dalam kolam dengan menyelam ke dalam kolam tersebut. Sekali lagi En Fairus (Baywatch) telah mempertunjukkan kepakaran beliau sebagai penyelamat nyawa dengan menyelamatkan kanak-kanak malang tersebut.

Selesai acara penyampaian hadiah, para peserta menikmati jamuan makan tengahari. Selesai menikmati jamuan, para peserta bergerak ke destinasi masing-masing. Semoga selamat sampai...terutama yang datang dari jauh tu..(Muar).

Sekalung tahniah diucapkan kepada KEBIRUS, Pengerusi dan AJK kerana berjaya menganjurkan sambutan hari keluarga 2009 dengan jayanya. Terima Kasih diucapkan kepada pentadbiran SMKDC, terutamanya Pengetua, Tn Hj Ismail B Rosdi kerana sudi hadir dan memeriahkan lagi sambutan Hari Keluarga 2009. Semoga sambutan seperti ini akan dijalankan untuk tahun-tahun mendatang..

Selamat Menghadapi Percubaan PMR

Kepada pelajar tingkatan 3, Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR pada 17 Ogos-21 Ogos 2009.