Thursday, July 22, 2010

Kursus BTN (Guru dan Kakitangan) SMKDC




Pada 2,3 dan 4 Julai yang lalu, Kursus Asas Bina Negara bagi guru-guru dan kakitangan SMK Desa Cemerlang telah diadakan di KBN Gunung Pulai,Jhor. Seramai 80 orang guru dan kakitangan SMKDC yang komited telah menyertai kem tersebut yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kem tersebut berlangsung.Program ini dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotisme dan semangat cintakan negara yang bertuah ini. Aktiviti-aktiviti utama adalah seperti LDK(Latihan dalam Kumpulan)dan aktiviti luar(outdoor game). Pelbagai gelagat dan kerenah guru-guru dan kakitangan yang dapat dilihat sepanjang aktiviti luar dijalankan.



AMARAN:Kenderaan berat sedang menjunam.Bahaya kepada haiwan kecil dan tumbuhan renek di bawah


Kelihatan para peserta telah bersedia dengan peralatan 'absailing'. Masing-masing memberikan penumpuan sebanyak 120% perhatian kepada tatacara 'absailing' terutama sekali 'Pegawai Khas' yang memakai baju dan helmet bewarna sama.Sungguh serius mamat itu sehingga mengakibatkan salah seorang peserta mengalami kejutan sampai ternganga(cari sendiri).

Secara kesimpulannya, program Bina Negara ini dapat mencapai objektifnya, iaitu meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara berlandaskan konsep 1 Malaysia. Syabas warga SMKDC!! Bravo!!

1 comment:

  1. mulut ternganga tu byk beso mcm lubang idung dia jugak,hahaha!!!jgm mare la 'beh',nnt kena jual!huhu

    ReplyDelete